Kami bertiga dalam perjalanan balik ke Pulau Kyushu Jepun. Ferry bertolak pukul 00:30am. Hari ini kami dikhabarkan bahawa salji akan turun. Dan suhu malam ni pun sungguh mencabar minda dan naluri. Sejuk sungguh.
Tengah adjust parking sebelum ferry tu bukak mulutnya ke atas untuk kenderaan dan orang masuk.
Sorry tak sempat snap gambar ferry tu bukak mulut. Lain kali lah ye.
Ferry baru nak masuk parking.
Nama ferry ni ialah New Ashizuri. Ferry ni sebenarnya beroperasi bukan untuk mengaut keuntungan. Ianya lebih kepada public service kerajaan Jepun kepada rakyatnya. Pasal... tak ramai orang guna pada hari biasa. Cuma treler2 hantar brg je yang memenuhi ruang perut ferry nih. Itu pun tak penuh. Kebanyakan drebar2 treler yang nak ke pulau khusyuu ni gunakan ferry ni kerana ianya jalan "short cut" berbanding menggunakan jalan darat yang mengambil masa 8 jam nak ke tempat sama berbanding menggunakan ferry ni hanya mengambil masa 3 jam sahaja. Boleh tido lak tu. Tak yah nak memenatkan kepala otak drive jauh2. Kos pun lagi murah. Cam promote ferry ni lak aku nih........hahahaha. Nak sharing je..........kalau sesiapa dtg sini at least ada lah sikit info pasal ferry ni. Ni pun pakcik jopun tu yang cite.......kalau dia kelentong. Aku lah kelentong korang balik....kakaka.
Haaa... ni lah pintu muka masuk dalam dalam ferry. Kenderaan pun masuk ikut sini.......orang jalan kaki tanpa kenderaan pun masuk ikut sini jugak.
Bahagian bawah ferry yang boleh menempatkan lori, bapak lori, nenek lori. Semua boleh masuk lah. Bapak Kobelco korek tanah yang letak atas treler panjang pun lepas masuk dalam perut ferry ni.
Tangga yang sebelah kiri tu menuju ke bahagian atas. Tempat duduk, tempat tido kelas 1, tempat tido kelas 2, tempat main game dan atas ferry boleh keluar tinjau2 pemandangan luar. Kali ni takder gambar tempat tido dan bahagian atas ferry. Mungkin lain kali share kat sini.
No comments:
Post a Comment