Wednesday, October 12, 2011

Tips Penjagaan Tayar

1.Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu.

2.Kalau dah pam jugak masih kekurangan tekanan,sila periksa jika ada kebocoran di valve valve atau di tayar. Valve angin elok ditukar semasa menukar tayar baru.

3.Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan, kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai.

4.Jika tayar anda sudah hampir botak, pergi ke kedai tayar dan tukar secepat mungkin. Tayar depan lebih penting kerana kawalan kereta bergantung padanya.Jangan sampai kena tipu beli tayar celup. Tayar yg kurang bunga amat merbahaya semasa hari hujan dan semasa mengambil selekoh yang tajam.

No comments: