Tuesday, October 4, 2011

Tips hari ini : Menjaga drive shaft kereta anda.

Disini saya ingin berkongsi tips bagaimana anda boleh memanjangkan jangka hayat drive shaft kereta anda. Caranya, jangan melanggar lopak air pada waktu hujan dalam keadaan laju. Ianya boleh menyebabkan getah drive shaft kereta anda koyak dengan cepat dan menyebabkan kebocoran gris berlaku kerana lopak air tersebut mengandungi pasir-pasir yang boleh memotong getah drive shaft anda.

Apabila gris berkurang, bearing dalam drive shaft tersebut akan rosak dengan cepat dan mengeluarkan bunyi bila anda mengambil selekoh atau membelok. Apabila anda membelok ke kiri dan drive shaft tersebut berbunyi, kebiasaannya drive shaft sebelah kanan anda yang rosak. Begitulah sebaliknya jika anda membelok ke kanan pula. Tapi harus ingat, jangan brek emergency dalam hujan..........anda akan dicium dari belakang.

Selamat memandu dengan berhemah !!!

No comments: