Generasi pertama (1972-1979)
Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1,169 cc (71.3 in3) 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat (terutamanya di California di mana hanya versi CVCC sahaja yang boleh didapati), menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.Model generasi pertama boleh didapati dalam varian transmisi manual 5 kelajuan dantransmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.
Generasi kedua (1980-1983)

Generasi ketiga (1984-1987)

Generasi keempat (1988-1991) - EC, ED, EE, EF
- Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Antara model paling terkenal dalam generasi keempat Civic ialah varian Civic SiR (Jepun) dan Civic VTi (Eropah), di mana kedua-duanya menggunakan enjin B16A VTEC baharu. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.


- Sebuah varian berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra
- Generasi Ketujuh (Tahun 2001 - 2005) - EM2, ES1, EP3, EU1

- Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan.
- Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan jana semula.
- Generasi Kelapan (Tahun 2006 - 2011) - FD2, FA1, FG1, FG2, FA5, FK, FN
Buat pertama kalinya, Honda Civic menggunakan dua pelantar berbeza mengikut kawasan; satu untuk pasaran benua Asia dan Amerka manakala satu lagi untuk pasaran Eropah. Pelantar Eropah menggunakan sistem gantungan belakang yang sama seperti pada Honda Jazz serta menampilkan reka bentuk yang lebih agresif. Sementara model Amerika dan Asia menggunakan pelantar yang sama, reka bentuk luarannya pula sedikit berbeza; model Asia yang dijual di Kanada dikenali sebagai Acura CSX.
Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.
Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia.
- Generasi Kesembilan (Tahun 2012 - )
Pada 13 Disember 2010, Honda mendedahkan lakaran generasi kesembilan Civic, manakala model konsep mula ditampilkan pada 10 Januari 2011 semasa Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara. Model pengeluaran bagi Civic generasi kesembilan akan berasaskan model konsep tersebut serta akan mula dikeluarkan pada musim bunga tahun 2011.[1] Varian petrol, hibrid dan gas asli akan ditawarkan. Honda Civic Hybrid generasi ketiga, yang dibina berasaskan Civic generasi kesembilan, akan menggunakan enjin 1.5L seperti yang digunakan pada Honda CR-Z.
Teknologi Honda Eco Assist yang digunakan pada Honda Insight generasi kedua akan diterapkan pada kebanyakan model, menjadikannya model petrol Honda pertama yang menggunakan sistem tersebut. Ia merupakan satu sistem maklumat bagi membantu pemandu mengamalkan gaya pemanduan yang lebih menjimatkan minyak[2], serta telah terbukti mampu meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 10% bagi model-model kereta hibrid Honda di Jepun.
No comments:
Post a Comment